Kelab Penyokong Rasmi Bola Sepak Kelantan (KPBSK@KFAFC) akan menganjurkan satu rombongan penyokong ke Stadium Paroi untuk memberikan sokongan kepada pasukan Liga Super Kelantan, Sabtu ini.
Menurut Setiausaha kerja, Harun Ali, rombongan penyokong Kelantan akan bertolak dari Kota Bharu ke Negeri Sembilan, jumaat malam (16 April 2010) dan dijangka tiba pagi keesokan harinya.
Katanya, rombongan ini meneruskan kesinambungan kelab penyokong yang akan mengikuti setiap perlawanan yang dilalui Red Warriors dimana sahaja mereka pergi.
Kepada penyokong yang berada di sekitar Kelantan yang berminat untuk menyertai rombongan ke Paroi boleh menghubunginya dengan kadar segera di talian 012 - 9558275 atau 019 - 6008258 kerana tempat duduk yang disediakan adalah terhad.
Bagi yang berminat rombongan ini, harga yang dikenakan ialah sebanyak RM70 termasuk dengan tiket perlawanan.


