http://kelantanfafanclub.com
- Merupakan laman web rasmi Kelab Penyokong Bola Sepak Kelantan FA (KFAFC).
Tertubuhnya laman web ini ialah untuk menunjukkan bahawa Kelab Penyokong KelantanFA tidak ketinggalan dari segi kemajuan dunia sains dan komputer tambahan pula persatuan merupakan sebuah kelab yang diiktiraf KAFA selaras dengan meningkatnya mutu pasukan Kelantan.
Kelab Penyokong KelantanFA sentiasa memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada pasukan Pahlawan Merah dan sebagai sebuah persatuan yang diiktiraf, Kelab penyokong sentiasa memberikan sokongan yang terbaik demi kemajuan bola sepak negeri Cik Siti Wan Kembang.
Idea untuk menubuhkan laman web ini dicetuskan oleh pihak pengurusan tertinggi Kelab Penyokong Bola Sepak Kelantan, Encik Yahya Jamada dimana beliau mahu menunjukkan kepada peminat bola sepak tanahair yang penyokong Kelantan sentiasa bersedia mengikuti perkembangan dunia semasa dan tidak ketinggalan untuk memacu teknologi dalam bidang bola sepak.
Selaras dengan visi dan misi dari mereka yang berkomited dengan persatuan KAFA serta bola sepak Kelantan, Kelab Penyokong melalui laman web KFAFC akan meyampaikan informasi terkini berkaitan aktiviti Kelab dan pasukan Kelantan merangkumi rombongan ke venue lawan, info semasa Kelab serta menyampaikan maklumat, review dan preview berkaitan skuad Liga Super dan Piala Presiden Kelantan 2010.
KFAFC 

